Contributors

Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Saturday 4 August 2018

Ejen Ali

Ejen Ali merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Primeworks Studios bersama Wau Animation dan disiarkan secara perdana di TV3 mulai 8 April 2016. Kisahnya mengenai seorang pelajar darjah enam bernama Ali yang menjadi seorang ahli perisikan untuk sebuah pertubuhan rahsia secara terpaksa kerana tidak sengaja melibatkan diri dengan misi pertubuhan tersebut menentang musuh.

Siri ini diterbitkan dalam format HDTV. Ejen Ali merupakan siri animasi pertama yang dijadikan harta intelek Media Prima Berhad (MPB).

Ringkasan:
Ejen Ali mengisahkan seorang pelajar sekolah rendah yang tanpa sengaja melibatkan dirinya dalam dunia perisikan. Semuanya bermula apabila Dos seorang agen jahat yang cuba mencuri sebuah alat berteknologi tinggi yang mampu mengubah dunia iaitu I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligence System) yang dicuri daripada pusat latihan M.A.T.A. (Meta Advance Tactical Agency). Ketika Dos cuba menyerahkan alat itu kepada rakannya, tanpa dirancang Ali telah mendapatkan bungkusan berisi I.R.I.S.. Dos dan Trez cuba mendapatkannya kembali tetapi dalam insiden itu, Ali telah mengaktifkan sistem I.R.I.S. sehingga hanya dirinya sahaja mampu menggunakan alat tersebut. Oleh sebab itu, Ali terpaksa menjadi ejen baru M.A.T.A. dan menyelamatkan bandar Cyberaya daripada sebarang ancaman bahaya. Malah menerusi tugasan barunya itu nanti, Ali bakal menemui potensi dirinya yang sebenar.

No comments:
Write comments