Contributors

Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Friday 7 September 2018

EJEN ALI


Ali menjadi seorang ejen secara tidak sengaja apabila dia terpaksa menggunakan I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligent System) untuk melidungi bandarnya daripada musuh-musuh M.A.T.A.. Kini, DNA Ali telah diselaraskan dengan ciptaan M.A.T.A. yang paling hebat itu. Walaupun Ali adalah seorang yang gelabah dalam membuat keputusan ataupun ketika berlatih, namun dia juga adalah seorang yang berani untuk menolong sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan. Ali kini berada di dalam M.A.T.A. untuk berlatih menguasai I.R.I.S. dengan lebih lagi. Bersama rakan sepasukannya, Alicia dan Bakar, Ali harus mejalankan misi-misi penting untuk menyelamatkan bandar Cyberaya.



Senjata:

  • Pelekat Kejutan Elektrik: Pelekat yang diletakkan di pada pagar untuk memberikan kejutan elektrik kepada lawan. Ia akan meletup apabila melekat pada musuh.
  • Pistol Kejutan: Pistol yang berkebolehan untuk memecahkan tong, menolak musuh dengan kuat.
  • Bom Melekit: Bebola bom yang boleh melekat pada kulit lawan dan meletup selepas beberapa saat.
  • Kasut Pogo: Sepasang kasut yang membolehkan Ali untuk melompat dari bangunan yang tinggi.
  • I.R.I.S. (Infinity Retinal Intelligence System): Peranti yang menganalisis persekitaran dan lawannya (dengan memberitahu kepadanya apa yang lawan akan lakukan sebelum melakukannya) dan juga menawarkan penyelesaian untuk mengalahkan mereka dengan memaparkan arahan hologram yang hanya dapat dilihat melalui kanta I.R.I.S.. Ia juga boleh mengimbas persekitarannya dalam penglihatan X-Ray. Sejak I.R.I.S. ialah prototaip, kebolehannya sentiasa ditemui setiap kali Ali menggunakannya untuk sesuatu yang baru.
  • I.R.I.S. Override Mode: I.R.I.S. akan mengaktifkan mod ini apabila mencapai kecekapan 100% dan apabila pemakainya berada dalam bahaya. Ia hanya digunakan dalam usaha terakhir. OVERRIDE MODE membolehkan I.R.I.S. untuk menggodam semua network berdekatan dan mengawalnya (seperti melumpuhkan beberapa perangkap untuk membolehkan pemakai melarikan diri dengan mudah tetapi mengaktifkannya untuk menyerang musuh, membuat beberapa senjata auto untuk menentang pasukan mereka sendiri, dan sebagainya.)
  • Yoyo: Mencipta perisai apabila ia berputar pada kelajuan yang tinggi. Ia juga memancarkan satu paksaan yang menolak secara paksa atau meletupkan lawan Ali.
  • Aero Boots: Meningkatkan keupayaan lompatan Ali yang membolehkannya untuk melompat dengan jauh atau melompat dengan tinggi. Aero Boots ini diselaraskan dengan I.R.I.S., yang mana bermaksud dia hanya boleh menggunakannya dengan betul jika dia fokus sepenuhnya dalam menggunakan I.R.I.S. untuk menghantar input kepada Aero Boots (Kemunculan pertama: MISI: BANGKIT).
  • Skuter: Selepas skuter lama Ali dihancurkan oleh trak besar, Jenny telah mencipta skuter baru dengan betuk dan rupa yang sama dengan yang dia ada sebelum ini, dan skuter itu telah dinaik taraf dengan teknologi M.A.T.A. dan menyelaraskannya dengan I.R.I.S.. Selain daripada rangsangan roket, peningkatan skuter itu belum didedahkan lagi.

Tuesday 4 September 2018

EJEN IMAN



EJEN IMAN merupakan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen KOMBAT.

PEMAKAIAN
Ejen Iman mengenakan sut biru ala-ala jubah sehingga ke paras pahanya. Sut yang dipakainya berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Iman memakai anak tudung hitam diikuti dengan tudung kuning di kepalanya, yang juga berfungsi sebagai senjata utamanya. Iman juga mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan dia turut memakai sepasang kasut but biru yang kelihatannya diperbuat daripada getah.

SENJATA 
Tali Dart: Tudung Iman dilengkapi dengan tali dart yang digunakan sebagai tali panjang untuk menyerang musuh dalam pertempuran dan sebagai tali untuk berayun.

PERWATAKAN
seorang yang pemalu dan sopan, bahkan dengan mereka yang mempunyai umur lebih muda. Cara percakapan Iman ialah lebih lembut berbanding ejen-ejen muda yang lainnya. Tidak seperti kebanyakan watak dalam siri ini, Iman sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sedang berbual, walaupun dengan rakan-rakannya. Meskipun dia kelihatan lemah-lembut dan juga mesra, tetapi dalam pertempuran perwatakan Iman akan bertukar menjadi kejam dan lebih serius sehingga dia boleh langsung tidak memberikan belas kasihan kepada musuh atau lawannya, walaupun sekecil apa sahaja.