Contributors

Blog Archive

Theme images by MichaelJay. Powered by Blogger.

Tuesday 4 September 2018

EJEN IMAN



EJEN IMAN merupakan ejen dari Akademi M.A.T.A.. Dia diklasifikasikan sebagai ejen KOMBAT.

PEMAKAIAN
Ejen Iman mengenakan sut biru ala-ala jubah sehingga ke paras pahanya. Sut yang dipakainya berlengan panjang sehingga ke pergelangan tangannya. Iman memakai anak tudung hitam diikuti dengan tudung kuning di kepalanya, yang juga berfungsi sebagai senjata utamanya. Iman juga mengenakan seluar berwarna hitam penuh dan dia turut memakai sepasang kasut but biru yang kelihatannya diperbuat daripada getah.

SENJATA 
Tali Dart: Tudung Iman dilengkapi dengan tali dart yang digunakan sebagai tali panjang untuk menyerang musuh dalam pertempuran dan sebagai tali untuk berayun.

PERWATAKAN
seorang yang pemalu dan sopan, bahkan dengan mereka yang mempunyai umur lebih muda. Cara percakapan Iman ialah lebih lembut berbanding ejen-ejen muda yang lainnya. Tidak seperti kebanyakan watak dalam siri ini, Iman sentiasa menggunakan bahasa baku apabila sedang berbual, walaupun dengan rakan-rakannya. Meskipun dia kelihatan lemah-lembut dan juga mesra, tetapi dalam pertempuran perwatakan Iman akan bertukar menjadi kejam dan lebih serius sehingga dia boleh langsung tidak memberikan belas kasihan kepada musuh atau lawannya, walaupun sekecil apa sahaja.

No comments:
Write comments